ceramah Maulidur Rasul
Assamualaikum & Hye
kalau tak jawab salam , dosa . jawab tak ! dosa tau dosa . hehe *kenyit mata . Salam Maulidur Rasul korang semua . walaupun Maulidur Rasul dah lepas , petang tadi naat menghadiri ceramah Maulidur Rasul dekat sekolah tau . korang tahu sapa yang beri ceramah , tahu tak . tak tahu kan ? nak tahu tak ? nak tak ? kalau tak nak tahu pun tak pe . tapi naat tetap jugak ingin bagitau korang . orang tu ialah *jengjeng ,ttreteteret Juara Imam Muda Pertama ! Imam Muda Asyraf beb ! korang ada , tak de kan . dia datang dekat Sematan tu , Sematan ! naat tak pernah mimpi pun dapat jumpa dia real , langsung tak pernah . tapi hari nie , naat jumpa dia . exicited gilerr masa tu . *sakai kan naat . naat tahu lah korang pernah jumpa dia . setakat Imam Muda Asyraf tu , komfem lah korang pernah jumpa dia kan . hehe .
tak silap naat , ketibaan dia jam 2 petang macam tu kot . lepas dia masuk dewan dan duduk . pastu , kami berdiri lah untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W . selesai je kami berselawat , dipersilakan lah ustaz Asyraf untuk memberi ceramah . ceramah dia tentang kisah sebelum Nabi Muhammad wafat . bez gilerr ceramah dia . tak kering gusi lah bila dengar ceramah dia . tapi kan yang tak bez ceramah tu , masa untuk ustaz Asyraf bagi ceramah tersangat sangat singkat tau . sedih naat . kalau dia beri ceramah dari pagi hingga petang , memang naat sanggup lah pergi . tapi sayanglah , masa sangat mencemburui kami semua . *cemburu lah sangat :(
selesai je ustaz Asyraf beri ceramah , kami pun dihiburkan oleh Kumpulan Nasyid Ain Front Smk Sematan . yang nie pun bez jugak . kumpulan nie bukannya di anggotai oleh perempuan , tetapi lelaki . suara penyanyi solo kumpulan nie mantap habis lah . kami didendangkan 2 buah lagu daripada mereka orang . bez sesangat . lepastu , ada penyampaian hadiah unruk pelajar yang cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam PMR 2012 . ada 2 orang je lah . sorang perempuan , sorang lagi lelaki . lepastu , kami disuruh untuk mengambil gambar dengan ustaz Asyraf dan orang-orang yang ada dekat situ lah . setelah selesai semua tu , kami dipersilakan untuk menjamu selera dan dibenarkan bersurai selepas tu .
pengalaman nie memang bez dan tak kan naat lupakan tau ! Terima Kasih kepada Imam Muda Asyraf sebab sudi datang ke Sarawak dan memberi ceramah kepada kami pelajar Smk Sematan . semoga ustaz sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T . Thanx so much -_<